RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG

Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

Sumber: http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.html

13 Responses to “RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG”

  1. dilla says:

    sy nk tanya,sptutnya bcaan rukuk n sujud 3kali tp klu bacaan dalm rukuk n sujud kite baca 2 kali contohnya…adkh sah smbhyang kite

  2. syah says:

    bagaimana nak kushuk dalam solat????????

  3. syah says:

    bagaimana kalau kita tertelan sisa makanan?????????????

  4. nadzirah says:

    salam,tahyat awal tidak termasuk dlm rukun solAT..klu terlupa buat,adakah kita perlu buat sujud sahwi?tetapi jika kita juga terlupa utk membuat sujud sahwi?sah x solat seseorang tu?

  5. muhammad says:

    xmengapa,,kerna bukan termasuk rukun..tpi perkara2 sunnah,,,lebih digalakkan..kalo xbaca pun xpe,,tpi pastikan sujud dan rukuk tue thuma’ninah (seperti membaca subhanallah)…kerna itu digalakkan bacaan untuk memastikan sampai pada thuma’ninah…wallahualam…

  6. Mazni says:

    Bacaan dlm rukuk dan sujud dlm solat tu sunat sahaja, klu tak baca pun takpe.

  7. hamba allah says:

    Assalamualaikum,

    Perkara yang membatalkan sembahyang no 2 agak mengelirukan kerana mengikut hadis sahih al bukhari dan muslim : Narrated Amr bin Umaiya r.a. “i saw Allah s.w.t Messenger s.a.w taking a piece of (cooked) mutton from shoulder region and then he was called for salat (prayer). He put his knife down and offered salat (prayer) without repeating ablution. [1:207-O.B].

    Saya confuse..:(

  8. alang82 says:

    sunnah baca 3kali..klu terbaca 2kali pun dikira sah lagi..cuma tidak dpt pahala mengikut sunnah…

  9. ana shahkira says:

    sy na bertanya sy selalu lupa tahayat ahir…. blh ke ya letak buku solat didepan saya

  10. MD AZIZI says:

    Salam…sah solat wlupn bc 2 kali je sbb bacaan tu adlh sunat..cuma afdal kalo bc 3 kali..

  11. Shah says:

    1. Untuk kusyuk di dalam solat, digalakkan mengingati makna ayat2 yg dibaca.

    2. Telah dinyatakan makan dan minum membatalkan solat walaupun tertelan sebiji nasi (sisa makanan)..

    Menelan sisa makanan di sela-sela gigi kalau sengaja maka membatalkan shalat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

    إن في الصلاة شغلاً

    “Sesungguhnya di dalam shalat ada kesibukan.” (HR. Al-Bukhary dan Muslim).

    Jadi orang yang shalat hendaknya menyibukkan diri dengan dzikrullah dan mengamalkan amalan-amalan yang diperintahkan ketika shalat, kalau dia makan dengan sengaja maka ini sudah keluar dari maksud didirikannya shalat.

    Ibnul Mundzir rahimahullahu berkata:

    وأجمعوا على أن من أكل وشرب في صلاته الفرض عامداً أن عليه الإعادة.

    “Dan mereka telah bersepakat bahwa orang yang makan dan minum di dalam shalat fardhu dengan sengaja maka wajib bagi dia mengulangi (shalatnya).” (Al-Ijma’ hal:3 )

    Namun kalau tidak sengaja maka tidak membatalkan shalat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

    إن الله وضع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه

    “Sesungguhnya Allah menggugurkan dari ummatku kesalahan (ketidak sengajaan), kelupaan dan apa yang mereka dipaksa melakukannya.” (HR. Ibnu Majah, dan dishahihkan Syeikh Al-Albany)

    Demikianlah sebagian ulama memperinci, mereka membedakan antara memakan makanan yang sedikit antara sengaja dan tidak sengaja.

    Berkata Imam An-Nawawy:

    قال أصحابنا إذا أكل في صلاته أو شرب عمدا بطلت صلاته سواء قل أو كثر هكذا صرح به الأصحاب … وإن كان بين أسنانه شئ فابتلعه عمدا أو نزلت من رأسه فابتلعها عمدا بطلت صلاته بلا خلاف

    “Berkata para sahabat kami (ulama-ulama Syafi’iyyah): “Jika makan atau minum ketika shalat dengan sengaja maka batal shalatnya, sama saja apakah sedikit atau banyak”, demikian ucapan para sahabat ((ulama-ulama Syafi’iyyah), … dan jika ada sesuatu di sela-sela giginya kemudian menelannya dengan sengaja atau turun dari kepalanya kemudian menelannya dengan sengaja maka batal shalatnya tanpa ada perselisihan. (Al-Majmu’ 4/89)

    Berkata Syeikh Muhammad bin Shalih Al-utsaimin:

    أما إذا كان الأكل أو الشُّرب عمداً، فإن الصَّلاة تبطل به، قليلاً كان أم كثيراً … فبهذا عرفنا أنه تبطل الصلاة فَرْضها ونَفْلها بالأكل الكثير سهواً أو عَمْداً، ولا تبطل بالأكل اليسير سهواً

    “Adapun jika makan atau minum dengan sengaja maka shalatnya batal, sedikit atau banyak…dengan ini kita mengetahui bahwa shalat fardhu atau sunnah menjadi batal dengan makan banyak lupa atau sengaja, dan tidak batal kalau makan sedikit karena lupa”(Lihat Asy-Syarh Al-Mumti’, Syeikh Muhammad Al-utsaimin 3/355)

    Wallahu a’lam.

  12. Nadzirah says:

    kalau tertinggal Tahiyat Awal atau mana mana perkara yang bukan rukun, di akhir solat sebelum beri salam, kita kena sujud dua kali…Niat dalam hati buat “Sujud Sahwi”. Sujud sahwi ni ada bacaan dia, tapi ustaz kata, kalau tak baca pun takpe, niat buat Sujud Sahwi je dah mencukupi. Sujud sebanyak 2 kali kemudian barulah beri salam.

    Bacaan ketika sujud sahwi : [سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu (“Maha Suci Allah yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa)”.

    Wallahua’lam

  13. Dilla says:

    Ini adalah pendapat Malik, Abu Hanifah, al-Syafie dan riwayat yang lemah dari Ahmad. Jika lupa, ia tidak menjejaskan kesahihan solat. Pembahagian “wajib solat”
    1. ini tidak ada pada mazhab Syafie (yang wujud adalah dua pembahagian; Rukun dan Sunat Solat)
    2. Bagi yang berpegang kepada Mazhab Hanbali, - didalam situasi apabila dia bersolat sendirian atau menjadi Imam, apabila lupa membaca tasbih ketika sujud atau ruku’, hendaklah dia melakukan sujud sahwi.- jika dia bersolat jemaah (menjadi Makmum) bersama Imam, keperluan untuk melakukan sujud sahwi diangkat, maka tidak perlu sujud sahwi [al-Mughni, 1/679].-
    3. Menurut Imam Ahmad, jika meninggalkan tasbih dengan sengaja, maka batal solat, dan jika tidak sengaja meninggalkannya, tidak batal solat, dikuti dengan sujud sahwi.
    ……Apa yang perlu kita lakukan sebagai penuntut ilmu ialah memahirkan diri kita dengan satu mazhab dulu, agar kita tidak terlibat didalam isu-isu yang dikhilafkan ulama’.
    ….. Paling hampir kepada kita adalah Mazhab al-Syafie, dimana Imam Syafie juga merupakan ulama’ yang hidup di zaman salaf.
    ….. Syarat utama untuk kita menceburi didalam bidang Fiqh Muqarran ini adalah sekurang-kurangnya kita telah mahir dan menguasai bidang fiqh salah satu mazhab yang muktabar.

    WA.Sekian, wassalamRujukan :- Dr Muhammad Na’im Muhammad Hani Saa’ie. Mausu’ah masaail al-jumhuur fi al-Fiqh al-Islami, 1/165.

Leave a Reply