Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh
alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang
menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu
segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran
zatMu dan agung kekuasaanMu”
Ertinya:
“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu,
syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”
Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan
dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah
kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari
sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu
dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”
Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah,
Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk
junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu
juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami
memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami
pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta
kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam
pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu
daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang
mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan.
Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha
Berkuasa.”
Ertinya:
“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan
antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan
keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada
cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan
samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah,
berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan
hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan
berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi
taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di
atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu
menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan
nikmatMu ke atas kami.”
Ertinya :
“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan
dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami
daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita,
Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat
semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat
kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan,
kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji
semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”
Sumber: http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/15/doa-selepas-solat/






Salam,
Adakah semua doa selepas solat yang dpaparkan di atas perlu dibaca semuanya?
kalau tertinggal solat subuh secara tak sengaja macam mana?? tak boleh ganti ke??
Taahniah dan terima kasih
mudahan Semua Doa dalam AlQuran dimuatkan dalam satu versi
tk
Assalamualaikom. Saya amat suka dgn doa2 ini. Saya syorkan agar saudara dpt sertakan sekali sebutan dalam rumi(sbg panduan utk kelancaran). Tujuannya ialah utk memudahkan saya atau pembaca yg kurang mahir dlm bhs arab. TK
Uh! I love to PRAY…..My name is alisa tasnim i am 8 years old I love ALLAH
Muahhh!!!!! ALLAH!!!!!
bley tulis d0a selepas solat dlam tulisan rumi?? sbb aq bl0m bley bca jawi lg..
smg doa kita diterima oleh Allah…amiin..
aslkm….ada kesilapan sikit pd doa…pd نستخفظك
selepas solat,bolehkah kita memohon doa dulu tanpa berzikir terlebih dahulu.
saya suka bila dengar doa selepas azan
terima kasih
tq sudi kongsi
Terima kasih atas perkongsian
Salam…
saya minta izin copy ya…tima kasih
Jazakallah teman teman sesama Islam kerana berkongsi.
Doa boleh dipohon samaada dengan zikir terlebih dahulu atau pun tidak. Terpulang kepada anda. Akan tetapi lagi banyak berzikir lagi baik dan dapat pahala lebih dari yang tidak berbuat apa-apa. Sesungguhnya dengan persediaan solat dengan hati yang yakin dan berbaik sangka dengan Allah bahawa setiap doa kita akan diqabulkan olehNya. InsyaAllah. Sesungguhnya Allah menerima doa hamba2nya.
Kepada yang belum tahu membaca jawi, arab dan Al Quran. Anda adalah disarankan supaya belajar membaca tulisan tersebut kerana perbezaan yang ketara diantara sebutan jawi dan rumi. Kerana makhraj ( tempat keluar huruf) memerlukan sesi pembelajaran serta tasmek (dengar) diantara murid dan gurunya. Allah Maha mendengar dan dalam bahasa apa sekali pun anda berdoa, Allah pasti mendengarnya. Tetapi adab berdoa hendaklah dilakukan dengan dimulai dengan basmalah, pujian kepada Allah dan Selawat ke atas nabi junjungan serta keluarga dan sahabat2nya. kemudian boleh mulakan doa dalam pelbagai bahasa.(bahasa arab adalah afdhal) Selepas itu diakhiri dengan selawat ke atas rasul junjungan dan pujian kepada Allah. Wallahua’lam.
Salam…
saya minta izin copy ya… tq
kelihatannya doa ini berlainan, jadi adakah perlu membacanya dimulakan dengan bismillah untuk setiap turutan atau boleh terus membacanya seperti yang disediakan?maaf keliru..
Alhamdullah….syukur sngat2….