Amalan Berwuduk

 

Untuk menunaikan sembahyang, kita diwajibkan berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-

  • 1. Sembahyang-sembahyang sunat.
  • 2. Thawaf di Baitullah.
  • 3. Menyembahyangkan mayat.
  • 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
  • 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

 

 Syarat-syarat Wuduk

 Syarat sah Wuduk itu ada enam:-

  • 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
  • 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  • 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
  • 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  • 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  • 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

 

Perkara yang membatalkan wuduk.


Enam perkara membatalkan wuduk:-

  • 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
  • 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
  • 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
  • 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
  • 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
  • 6. Murtad.

 

Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
1. Niat

bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

2. Membasuh muka

3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku

4. Menyapu air di kepala

5. Membasuh kedua kaki

6. Tertib

 

Doa Ketika Wuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa
 mulut dan lidahku ini".
 Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah
 muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
 
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
 berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
 
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
 janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
 Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
 daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
 Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
 kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah
 dosa telinga ku ini"
 Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2
 berunsur maksiat ..
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
 permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
 Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah
 daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
 Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah

 

5 Responses to “Amalan Berwuduk”

  1. ibnu omar almadani says:

    1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk) sebenarnya orang bukan Islam tidak sah berwuduk. Mereka juga wajib berwuduk cuma tidak sah. untuk jadikan wduk sah itu hendak ia masuk Islam.
    lihat ayat 43 surah Muddasir. kenapa orang kafir masuk neraka? sebab tidak sembahyang. kalau tak wajib sudah tentu mereka tak masuk neraka.

  2. dunlie says:

    saya nak tanya, ketika kita membasuh muka kali pertama, bolehkah kita mengosok muka? selepas itu, kita tadah lagi air paip dengan kedua tangan untuk basuhan yg seterusnya pada muka, dan air pada muka tadi menitis kedalam tadahan air pada tangan kita, apa hukumnya? adakah tidak menjadi isu?

  3. dunlie says:

    tidak menjawab soklan

  4. firdaus says:

    saya nk bertanya…
    kalau kita berwuduk, tapi tidak menutup aurat..
    apa hukumnya…?sah atau tidak wuduk itu?

  5. syakila says:

    apa contoh air yg suci dan menyucikan dlm bwuduk… ada beberapa kekeliruan apa bila terdpat org yg mnyatakn air takungan yg tidak smpai dua kolah x boleh d guna kn… skira ny kwsn tu xda air lain selain air dlm satu baldi je…. apakah ada rukhsah untuk bwuduk?… atau terpksa mggunakn cra tayamum?….. tlong bg feedback….. assalam

Leave a Reply